Realme Pad 2 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1,299

TechnologyDigital
30 Aug 2023 • 1:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain telefon pintar, Realme Pad 2 turut diumumkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Ia menjadi penawaran baharu untuk tablet yang memfokuskan kegunaan umum, sekaligus melengkapkan lagi segmen produk tersebut. 

image is not available

Redmi Pad 2 menggunakan skrin IPS LCD sebesar 11.5-inci beresolusi 2K dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana oleh cip MediaTek Helio G99, memori sehingga 8GB LPDDR4X dan storan sehingga 256GB dengan sokongan kad mikroSD untuk tunjang utama.

image is not available

Dari segi sambungan selular pula ia terhad kepada 4G LTE sahaja, di samping turut menjalankan sistem operasi Realme UI 4.0 pad berasaskan Android 13. Bateri 8,360mAh yang digunakan pula menyokong pengecasan 33W secara berwayar. Kemudian tablet ini juga memuatkan sensor 8MP untuk kamera utama dan swafoto.

image is not available

Bagi yang berminat Realme Pad 2 boleh didapati pada harga bermula RM1,299 (6GB/128GB) dan RM1,499 (8GB/256GB) dengan pilihan warna Inspiration Green serta Black. Ketersediaan adalah bermula menerusi pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

image is not available