Realme Pad 2 dilancarkan hari ini dengan spesifikasi kelas asas. Ia dilengkapi skrin 11.5 IPS LCD beresolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Helio G99, memori sehingga 8GB LPDDDR54X dan storan sehingga 256GB dengan sokongan kad mikroSD.

Sistem kamera utama ialah 8MP dan kamera swafoto juga 8MP. Batri yang digunakan adalah sebesar 8360 mAh yang menyokong pengecasan 33W secara berwayar. Ciri tambahan lain ialah speaker dengan Dolby Atmos. Dari segi sambungan selular pula ia terhad kepada 4G LTE sahaja.

Sistem operasi Realme UI 4.0 for pad berasaskan Android 13 digunakan. Ini membawakan ciri penambahan memori maya sehingga 8GB. Ia dijual pada garga bermula INR 19,999 (~RM1106) sebuah dalam warna hijau atau kelabu. Tablet ini telahpun melepasi SIRIM dan pastinya akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.
