Realme Pad 2 Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
7 Jul 2023 • 5:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah tablet baharu Realme Pad 2 telah ditemui di laman pengesahan SIRIM di Malaysia. Hal ini sekaligus memberi petanda pelancaran untuknya boleh diadakan dalam masa terdekat ini. Peranti tersebut telah didaftarkan oleh DTL Malaysia Sdn Bhd dengan kod nama RMP2204 sejak 28 Jun yang lalu.

image is not available

Memandangkan peranti juga masih belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran buat masa ini. Justeru segala maklumat mengenai perkakasan dalam yang dikongsikan hanya sekadar desas-desus. Katanya peranti akan mempunyai kapasiti bateri dan sistem pengecasan yang dipertingkatkan.

Bukan itu sahaja peranti juga mungkin mempunyai panel belakang yang direka semula. Seterusnya cip Mediatek Helio G99 dipercayai menjadi tunjang utama peranti dengan gabungan memori 8GB RAM dan storan 128GB. Sistem audionya pula mungkin terdiri dengan empat pembesar suara terbina.

image is not available
Gambar sekadar hiasan – Realme Pad Mini

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluasrkan Realme setakat ini berhubung perkara ini. Tetapi kita boleh menyasarkan akan ada perkongsian mengenainya dalam masa terdekat.