Realme TechLife Watch R100 Dilancarkan Dengan Bateri Yang Boleh Bertahan Seminggu

TechnologyDigital
24 Jun 2022 • 2:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme Techlife Watch R100 telah dilancarkan sekaligus menjadi penawaran baharu untuk segmen peranti boleh-pakai keluaran Realme. Ia dilengkapi reka bentuk muka jam berbentuk bulat yang diperbuat daripada aluminium. Seterusnya, tali pula sejenis silikon yang boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Black dan Grey.

image is not available

Realme Techlife Watch R100 menggunakan skrin sebesar 1.32-inci TFT LCD beresolusi 360 X 360 piksel dengan kecerahan puncak mencapai 450nits. Selain itu, ia turut memuatkan lebih 100 pilihan muka jam yang boleh dikostumasi untuk penggunaan lebih baik.

image is not available

Bersama-sama dengannya, sejumlah sensor terbina standard untuk pemantauan kesihatan dan kecergasan turut disertakan bagi memudahkan pengguna. Ini termasuklah pemantauan kadar degupan jantung, oksigen dalam darah, tahap stress harian dan lebih 100 pilihan mod sukan terbina.

Bateri 380mAh yang digunakan membolehkan jam tangan beroperasi sehingga 7 hari lamanya. Tidak ketinggalan, ia turut melepasi pensijilan IP68, di samping turut berfungsi untuk panggilan menerusi bluetooth.

Untuk harga, Realme Techlife Watch R100 dijual pada INR 3,999 (~RM225) untuk seutas.