Realme menjadi sebuah lagi syarikat yang menarik diri daripada pasaran Jerman kerana isu mengenai penggunaan paten yang dipegang oleh Nokia. Ini disahkan oleh eksekutif syarikat kepada laman Nextpit semalam.

Walaupun telah menarik diri daripada pasaran Jerman, Realme berkata mereka akan terus menyokong pelanggan sedia ada dan akan memberikan kemas kini kepada peranti yang sudah dijual.
Dengan ini Realme mengikuti langkah OnePlus, Oppo dan Vivo yang juga telah menarik diri daripada pasaran Jerman disebabkan isu yang sama. Walaupun Nokia bukan lagi nama yang besar dalam dunia telefon pintar, kebanyakan paten teknologi selular sedia ada masih dipegang oleh mereka.
- Sumber
- Nextpit



