Rebah dalam masjid, anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo atau nama sebenar Nur Hasan Balas meninggal dunia pada pagi Ahad dipercayai akibat serangan jantung.
Perkara terbabit dikongsikan oleh sahabat Jojo, Mohd Hafizul menerusi hantaran di laman Facebook.
Hafizul berkata, Jojo meninggal dunia selepas selesai bacaan doa ta’alim di Masjid Sri Petaling.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia, rebah dalam masjid

Artikel lain: Hampir 8 jam dilahirkan, anak kedua Nazmi Faiz meninggal dunia -“Mohon sedekah al-Fatihah..”
Sementara itu, seorang lagi rakannya yang juga penyanyi, Mimy Fly memaklumkan rakannya perna mengalami strok beberapa bulan lepas.
“Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas. Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.
“Saya pun dapat panggilan telefon daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya.
Dalam pada itu, Mimi berkata meskipun sudah lama tidak berjumpa namun mereka masih kerap berhubung malah merancang untuk bertemu dalam masa terdekat. Malah, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 39, juga menyifatkan Allahyarham Jojo seorang sahabat yang baik. Sumber: FB Mohd Hafizul, mStar Online
“Dua hari lepas kami baru berhubung dan ada perancangan untuk melakukan bisnes raya bersama.
“Jojo ini baik orangnya, saya dah lama tak jumpa dia. Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon kerana dia menetap di Taiping, Perak,” katanya lagi.

