⁠Rebah Di Masjid, Penyanyi Kumpulan Rap Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia

Entertainment
26 Jan 2025 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nur Hasan Balas atau lebih dikenali sebagai Jojo One Nation Emcees (ONE) telah meninggal dunia awal hari ini dipercayai akibat serangan jantung.

image is not available

Memetik laporan mStar, khabar dukacita itu dikongsi oleh salah seorang anggota ONE, Mimi Fly.

Menurut laporan, Jojo dipercayai rebah pada pagi Ahad 26 Januari 2025 ketika perjumpaan kumpulan tabligh di sebuah masjid di Taiping, Perak.

Mimi juga turut berkongsi kepada sumber mengenai keadaan kesihatan Jojo.

Jojo pernah mengalami strok beberapa bulan lepas dan mendapat perkhabaran mengenai pemergian sahabat seperjuangannya itu menerusi panggilan telefon dari balu Jojo.

image is not available

Walau bagaimanapun, Mimi masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu secara terperinci.

Mimi juga mengakui Jojo adalah sahabat yang baik biarpun hanya berhubung melalui panggilan telefon dan sudah lama tidak bersua muka.

image is not available

Kami di Lobak Merah mengucapkan takziah kepada keluarga Jojo. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.