Rebah Secara Tiba-Tiba, Mahasiswa UiTM Dilapor Meninggal Dunia

22 Oct 2024 • 8:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rebah Secara Tiba-Tiba, Mahasiswa UiTM Dilapor Meninggal Dunia

SUNGAI BULOH — Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam yang dilaporkan rebah di fakulti disahkan meninggal dunia pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor mengesahkan kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.13 malam.

Difahamkan, mangsa yang juga penuntut jurusan Perhotelan secara tiba-tiba rebah semasa berada di Fakulti Perhotelan sekitar jam 5 petang.

“Penuntut lelaki itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sumber: Sinar Harian