Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

3 Sep 2024 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Rebecca Nur Islam gagal menahan sebak apabila hujan membasahi kota suci Makkah ketika menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini. 

Hujan Lebat Ketika Tawaf

Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.

Kata Rebecca, dia bersyukur Allah memakbulkan doanya agar hujan turun ketika membuat pusingan tawaf.

“Pusingan ke-4 semasa tawaf saya berdoa dekat Allah SWT saya teringin sangat nak merasa hujan lebat, hujan rahmat di depan Kaabah.

“AllahuAkbar macam tak percaya pusingan ke-6 tawaf tiba-tiba sahaja hujan lebat selebat-lebatnya. AllahuAkbar,” kongsinya.

Gagal Tahan Sedih

Tambah ibu kepada enam cahaya mata itu lagi, dia juga memohon maaf kerana tidak dapat mengawal kesedihannya sejurus hujan turun.

“Sedih sangat tak dapat kawal keadaan saya. Maafkan aku Ya Rabbi. 

“Maaf semua saya tak dapat kawal kesedihan. Allah mendengar doa saya. Semoga Allah SWT makbulkan kesemua doa saya dan doa umat Muhammad SAW yang berada di dalam hujan tadi,” tulisnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved