Red Bull ke Ducati pada 2027? Permainan Kuasa Penajaan yang Mampu Mengubah Wajah MotoGP

SportsCars
26 Jan 2026 • 8:44 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Dalam dunia MotoGP, tajaan korporat bukan sekadar logo, ia adalah strategi komersial bernilai jutaan euro yang boleh mengubah naratif pasukan di luar trek. Ducati sepanjang beberapa musim terakhir bergantung pada Monster Energy sebagai antara penaja utama, struktur yang hinggakan mampu memaksa Marc Marquez melepaskan hubungan peribadinya dengan Red Bull apabila menyertai pasukan factory pada 2025, bagi menghormati kontrak rasmi itu. 

Namun, bayangan masa depan 2027 membawa satu kemungkinan menarik iaitu Red Bull sebagai sekutu komersial Ducati. Berita dari media Eropah baru-baru ini menekankan bahawa Red Bull sedang mengintai rundingan besar untuk menjadi penaja Ducati MotoGP, peluang yang jika berlaku akan mengubah landskap pemasaran Ducati dan menaikkan profil global MotoGP itu sendiri. 

Apa maknanya secara strategik? Red Bull bukan hanya jenama minuman tenaga, ia sebuah ekosistem pemasaran global yang berkisar di sekeliling sukan bermotor, kandungan digital dan identiti gaya hidup. Kehadiran mereka di Ducati bukan sekadar logo di fairing, ia boleh membawa:

– Peningkatan visibiliti media global melalui bintang Ducati terutamanya Marc Marquez, apabila pasukan itu semakin dominan.

– Sinergi kandungan dan aktivasi jenama, kerana Red Bull terkenal dengan penciptaan kandungan (Red Bull Media House) yang dekat dengan peminat di luar penonton tradisi MotoGP.

Namun, cabaran tetap nyata. Monster masih mempunyai kontrak rasmi bersama Ducati dan proses untuk melepaskan Monster pastinya memerlukan rundingan panjang dan mungkin penalti kewangan yang besar. Ducati kini mempunyai Lenovo sebagai title sponsor dan Monster sebagai penaja minuman tenaga minuman, jika digantikan dengan Red Bull sebagai penaja utama, ia perlu diseimbangkan agar struktur hak komersial dan komitmen tajaan sedia ada tidak terganggu. 

Jika ini berjaya, kemasukan Red Bull ke Ducati bukan sekadar simbolik, tetapi pernyataan komersial kuat bahawa MotoGP terus menjadi medan perang pemasaran global, di mana jenama besar bersaing bukan hanya untuk logo, tetapi untuk naratif dan hubungan emosional dengan generasi baharu peminat sukan permotoran.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 MotoGP/Gemini

The post Red Bull ke Ducati pada 2027? Permainan Kuasa Penajaan yang Mampu Mengubah Wajah MotoGP appeared first on TW Media.

View Original Article