Red Bull Nak ‘Sapu’ Ducati? Marc Dan Acosta Bersatu Dalam Projek 2028!

20 Aug 2026 • 10:58 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Red Bull Nak ‘Sapu’ Ducati? Marc Dan Acosta Bersatu Dalam Projek 2028!

MotoGP mungkin bakal menyaksikan salah satu rombakan penajaan paling besar dalam era moden apabila Red Bull dikaitkan dengan Ducati Lenovo Team, namun projek itu dipercayai hanya boleh berlaku pada 2028.

Menurut laporan wartawan berpengalaman Ricard Jove, halangan utama ialah kontrak Monster Energy bersama Ducati yang dikatakan masih berkuat kuasa sehingga penghujung 2027. Persaingan sengit antara dua jenama minuman tenaga itu menjadikan kehadiran kedua-duanya dalam pasukan sama hampir mustahil.

Situasi ini turut menarik kerana Marc Marquez pernah memutuskan hubungan penajaan peribadinya dengan Red Bull ketika menyertai Ducati, bagi menghormati perjanjian eksklusif pasukan bersama Monster.

Pedro Acosta pula mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Red Bull sejak Red Bull Rookies Cup sebelum meneruskan laluan ke Moto3, Moto2 dan MotoGP. Setelah Acosta menyertai Ducati bermula musim depan, Red Bull tentunya mempunyai alasan komersial yang lebih besar untuk kembali bersama kedua-dua bintang Sepanyol itu.

Justeru itu, 2028 mungkin menjadi tahun paling logik. Selepas era baharu 850cc bermula pada 2027, tamatnya kontrak Monster boleh membuka pintu kepada Red Bull.

Jika benar berlaku, gandingan Marc-Acosta bersama Ducati dan Red Bull pasti menjadi antara kombinasi paling menggiurkan dalam sejarah MotoGP.

Teruskan bersama Two Wheels..!

The post Red Bull Nak ‘Sapu’ Ducati? Marc Dan Acosta Bersatu Dalam Projek 2028! appeared first on TW Media.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved