Reda Hubungan Anak Berakhir, Zarina Mahu Jaga Azal Sampai Hujung Nyawa

Entertainment
8 Dec 2023 • 2:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hubungan antara anak kepada pelakon terkenal, Zarina Zainuddin iaitu Azal dengan pasangannya, Rahmah sudah putus di tengah jalan. Berita ini dimaklumkan oleh Zarina sendiri apabila dia memuat naik satu hantaran tangkap layar mesejnya bersama Rahmah.

Wanita asal Indonesia itu sebelum ini dalam proses mengenal hati budi anak autisme Zarina Zainoordin iaitu Muhammad Raizal Azrai atau lebih mesra dipanggil Azal.

image is not available

“Mungkin Azal tak faham maksud Rahmah..”

Menerusi tangkap layar tersebut, Rahmah menghantar mesej kepada Zarina dan bertanya khabar mengenai Azal namun wanita itu seperti merajuk kerana Azal sendiri seolah-olah melupakannya.

Azal lupa dengan saya ya? Tak pernah ada kabar. Nanti saya kembalikan cincin yang Azal kasih ya.

Di ruangan kapsyen, Zarina memberitahu bahawa anaknya mungkin tidak memahami maksud Rahmah. Dia mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Rahmah.

Mungkin Azal tak faham maksud Rahmah. Dia iya iya kan sahaja. Dah la Rahmah itu baik, saya pun dah jatuh sayang dengan dia.

Zarina nak jaga Azal sampai hujung nyawa

Dalam kapsyen yang sama, Zarina seolah-olah reda soal jodoh anaknya dan dia berjanji akan menjaga Azal selagi hayat dikandung badan.

Kalau ada jodoh adalah, kalau tiada saya jagalah Azal selagi nyawa saya ada.

Zarina ada memuat naik satu hantaran mengenai Rahmah dan Azal sebelum ini namun hantaran itu telah pun dipadam. Walau bagaimanapun, Zarina memuji sikap baik Rahmah kerana memulangkan semula barang-barang yang telah diberikan sebelum ini.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar Azal dipertemukan dengan jodoh yang boleh menerima keadaan Azal.

image is not available image is not available

Untuk rekod, sebelum ini Zarina pernah memaklumkan kepada umum bahawa Azal dalam fasa mengenali seorang wanita Indonesia yang bekerja di Singapura namun hubungan mereka tidaklah begitu serius.

Sumber: Instagram, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article