RedBus Kini Boleh Diakses Dalam Aplikasi Grab – Mudahkan Tempahan Bas Dan Feri

TechnologyTravel
9 Jul 2026 • 4:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RedBus kini boleh digunakan terus dalam aplikasi Grab di Malaysia melalui Program Aplikasi Rakan Kongsi Grab. Integrasi baharu ini membolehkan pengguna mencari, membanding dan menempah tiket bas antara bandar serta perkhidmatan feri serantau secara langsung melalui aplikasi Grab.

Image from: RedBus Kini Boleh Diakses Dalam Aplikasi Grab – Mudahkan Tempahan Bas Dan Feri

Dengan akses kepada lebih 200 pengendali di Malaysia dan Singapura, proses tempahan ini menjadi lebih mudah kerana pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan atau membuat log masuk berasingan. Selain itu, pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menggunakan GrabPay sambil mengumpul GrabCoins untuk setiap transaksi yang layak.

Melalui kerjasama ini, pengguna juga dapat merancang perjalanan domestik, laluan antarabangsa Malaysia–Singapura serta perjalanan feri antara Malaysia dan Indonesia dalam satu aplikasi yang sama. Integrasi ini sekali gus memberikan pengalaman pengangkutan yang lebih menyeluruh.

Image from: RedBus Kini Boleh Diakses Dalam Aplikasi Grab – Mudahkan Tempahan Bas Dan Feri

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Grab, kemudian mengetik ikon “More” dan memilih “Bus & Ferry”. Mereka akan terus dibawa ke perkhidmatan redBus tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan atau membuat pendaftaran baharu. Sebagai sebahagian daripada pelancaran, pengguna boleh menikmati promosi khas dengan diskaun 50% untuk tempahan redBus yang layak sepanjang tempoh promosi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved