
Reddit, salah satu laman forum terkemuka dunia, kini telah mula menguji keperluan untuk pengguna log masuk untuk mengakses atau melihat kandungan di platform tersebut. Langkah ini diuji melibatkan pengguna di beberapa buah negara terlebih dahulu.
Reddit melaksanakan perkara ini dalam usaha mengatasi bot-bot AI yang mencuri kandungan mereka.

Disamping itu, Reddit menyatakan langkah ini juga adalah lebih baik bagi mereka, kerana membolehkan mereka melakukan penyasaran pengiklanan dengan lebih baik, dan menyatakan kebiasaannya pengguna yang log masuk akan meluangkan masa lebih lama dan berkualiti.
Buat masa ini, perubahan ini masih sedang dieksperimen lagi di beberapa buah negara, sebelum ia dikuat-kuasa sepenuhnya berasaskan hasil dapatan untuk eksperimen ini.


