TikTok Shop – Pengguna Malaysia Semakin Gemar Membeli Produk Melalui Siaran Langsung

LocalBusiness & Finance
29 Oct 2026 • 3:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cara rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian kini semakin berubah. Jika dahulu pengguna mencari produk secara terus di platform e-dagang, kini ramai yang beralih kepada kandungan video dan sesi siaran langsung (LIVE) untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada penjual sebelum membuat keputusan pembelian.

Image from: TikTok Shop – Pengguna Malaysia Semakin Gemar Membeli Produk Melalui Siaran Langsung

Menurut TikTok Shop Malaysia, hampir 60% pengguna platform itu memilih sesi siaran langsung sebagai cara membeli-belah pilihan mereka. Melaluinya, mereka dapat melihat cara sesuatu produk digunakan, mengemukakan soalan dan mendapat respons segera daripada penjual sebelum membuat keputusan untuk membeli. Trend ini turut memberi manfaat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatab dalam mengembangkan perniagaan mereka. Dengan pendekatan Discovery Commerce, produk dapat diperkenalkan kepada pengguna melalui kandungan video sekali gus membantu lebih banyak perniagaan tempatan menjangkau pelanggan baharu dengan lebih berkesan.

Image from: TikTok Shop – Pengguna Malaysia Semakin Gemar Membeli Produk Melalui Siaran Langsung

Seiring dengan perkembangan ini, TikTok Shop Malaysia memaklumkan bahawa PMKS di bawah inisiatif #JomLokal merekodkan peningkatan jualan sebanyak 140% semasa kempen 9.9 tahun ini.

Pencapaian tersebut membuktikan bahawa kandungan video semakin penting dalam membantu perniagaan meningkatkan jualan dan mengukuhkan jenama mereka.

Pada masa sama, perkembangan ini turut memberi peluang kepada usahawan di kawasan luar bandar dan pekan kecil untuk meluaskan pasaran mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved