Data di atas talian bukan data percuma. Tetapi syarikat kecerdasan buatan (AI) tanpa segan silu menyedut sebanyak mungkin data “percuma” ini untuk melatih model AI yang sedang dibangunkan. Anthropic menjadi sebuah lagi syarikat AI yang disaman kerana mereka dituduh menggunakan data Reddit tanpa kebenaran.

Reddit mendakwa bot Athropic mengakses laman lebih 100,000 kali walaupun mengatakan akan menghentikan aktiviti ini pada Julai 2024. Anthropic juga enggan menyertai program pelesenan data dengan Reddit seperti yang dilakukan oleh Google dan OpenAI. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Anthoropic, mereka menafikan tuduhan menggunakan data Reddit tanpa kebenaran dan akan mempertahankan diri di mahkamah kelak.
Syarikat AI mula mengenakan bayaran untuk menggunakan model AI terkini mereka. Dengan pendapatan dijana, tiba masanya membayar hasil kerja sumber data. Selain Athropic, tahun ini kita juga melihat kes Meta disaman kumpul oleh penulis selepas mereka didapati melatih model AI seperti Llama menggunakan buku yang dicetak rompak menerusi Torrent.



