REDLINE Fitness Games Kini Kembali, Norman Hakim & Danish Antara Peserta Bakal Berentap!

10 Jul 2024 • 2:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas mencipta kejayaan tahun lalu, REDLINE Fitness Games sekali lagi bakal memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan buat peminat kecergasan menerusi semangat pertandingan.

REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN yang menjalinkan kerjasama dengan Rakan Muda itu adalah satu inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk mendorong warga Malaysia ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. 

Inisiatif ini disaksikan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, pada Hari Belia Negara tahun ini. Kolaborasi ini menunjukkan komitmen daripada semua pihak untuk memupuk komuniti belia yang kuat dan menggalakkan gaya hidup aktif.

Di majlis pelancaran kerjasama tersebut pada Hari Belia Negara, REDLINE dan Rakan Muda telah memperkenalkan beberapa siri pertandingan kecergasan interaktif dan sesi motivasi yang dipimpin oleh pakar-pakar kecergasan terkemuka. 

image is not available
image is not available
image is not available

Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menginspirasi peserta muda agar mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif dan menjadi asas bagi inisiatif yang sedang dilaksanakan, menjadikan aktiviti kecergasan dan kesejahteraan dapat dinikmati oleh semua golongan belia, tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi mereka.

"Kerjasama dengan Rakan Muda menandakan satu langkah ke hadapan yang penting untuk REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN tahun ini.

"Penglibatan mereka amat penting dalam memperkaya program kami, memungkinkan kami berhubung dengan lebih baik dan memberi inspirasi kepada golongan belia Malaysia.

“Ini mencerminkan dedikasi bersama kami untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan dalam kalangan belia, yang penting bagi pembinaan komuniti yang kuat dan aktif," kata Callum Meehan, Pengarah Acara REDLINE.

Lebih meriah, REDLINE Fitness Games kali ini turut menampilkan aktor bertubuh sasa, Norman Hakim dan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim.














View Original Article