RedMagic Cyberbuds DAO TWS Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,499

TechnologyDigital
5 Oct 2023 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RedMagic kini mengumumkan penawaran fon telinga Cyberbuds DAO TWS di Malaysia. Ia menampilkan reka bentuk futuristik dengan sistem cahaya RGB yang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengalaman permainan mudah alih. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli dengan harga RM1,499 menerusi kedai atas talian rasmi RedMagic di Lazada dan Shopee.

image is not available

Cyberbuds DAO TWS dilengkapi set pemandu audio sebesar 11mm dengan sokongan pembatalan hingar aktif terbina. Ia juga boleh membatalkan hingar sehingga 48dB, di samping turut menyediakan pelbagai mod pengurangan hingar adaptif dan manual. Penggunaan bersama aplikasi Goper juga amat disarankan untuk kawalan pelbagai fungsi lain termasuk mod audio EQ, kesan pencahayaan RGB dan gandingan bersama telefon pintar.

image is not available

Tambatan pantas pula boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3, yang juga disokong cip Qualcomm S5 dwi-teras dengan kemampuan latensi serendah 28ms melalui mod gaming dan dongel khusus. Fon telinga ini juga menawarkan hayat bateri sehingga 7 hari dengan sekali caj, kemudian turut boleh dicas secara nirwayar.