RedMagic Gaming Tablet 5 Pro Tampil Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Gen5 Dan Skrin OLED

TechnologyGaming
22 Jun 2026 • 4:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RedMagic, jenama peranti pintar gaming dibawah Nubia baru-baru ini telah memperlihatkan penawaran tablet gaming terbaru mereka yang dinamakan RedMagic Gaming Tablet 5 Pro yang hadir dengan gabungan komponen dalaman berkuasa dan luaran yang premium.

Tablet ini dikuasakan gabungan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan sistem penyejukan aktif terbina didalamnya, membolehkan cip pemprosesan ini berfungsi secara optimal walaupun dengan tempoh penggunaan yang lama. Spesifikasi memori dan storan belum rasmi lagi, tetapi jangkaannya ialah ia akan hadir dengan 24GB memori LPDDR5X dan storan terbina sebesar 1TB.

Image from: RedMagic Gaming Tablet 5 Pro Tampil Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Gen5 Dan Skrin OLED

Dari segi paparan pula, tablet RedMagic Gaming Tablet 5 Pro ini juga dikatakan akan hadir dengan panel OLED bersaiz 9 inci dengan kadar segar semula 185Hz. Tablet ini juga akan dimuatkan dengan bateri 8300mAH untuk menguasakannya.

Image from: RedMagic Gaming Tablet 5 Pro Tampil Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Gen5 Dan Skrin OLED

Buat masa ini, tablet RedMagic Gaming Tablet 5 Pro akan ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu pada 30 Jun 2026. RedMagic dikatakan akan memperkenalkan tablet ini ke pasaran global juga, akan tetapi buat masa ini ia hanya akan ditawarkan di China sahaja. Spesifikasi-spesifikasi khusus lain juga akan diperlihatkan sebelum tarikh jualan tablet ini.

Sumber: RedMagic

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved