Redmi 12 5G Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 4Gen 2, Menyokong 5G

TechnologyDigital
1 Aug 2023 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi kini memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar berspesifikasi asas yang baharu, iaitu Redmi 12 5G. Untuk makluman, model ini adalah berbeza dengan model yang diperkenalkan di Malaysia sebelum ini, dan hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

image is not available

Dari segi rekaan, ia lebih kurang sama seperti Redmi 12 yang sedia dipasarkan di Malaysia. Tetapi, secara dalaman, ia hadir dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 – menjadikan Redmi 12 5G telefon pertama yang menggunakan cip pemprosesan ini serta dilengkapi dengan sokongan 5G. Ia turut hadir dengan skrin 6.79-inci FHD+ LCD, sokongan memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X, storan sehingga 256GB UFS 2.2, serta bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W.

image is not available

Pada bahagian kamera, ia menyertakan dwi-kamera belakang gabungan sensor 50MP utama, dan 2MP kedalaman, serta 8MP kamera swafoto. Redmi 12 5G turut hadir dengan sokongan IR Blaster dan juga bicu audio 3.5mm.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah versi 5G telefon pintar ini akan hadir ke pasaran tempatan. Model Redmi 12 sedia ada dengan sokongan 4G sedia ditawarkan pada harga bermula RM599 di Malaysia.