Xiaomi Malaysia kini membawa masuk satu lagi telefon pintar bajet, iaitu Redmi 13C 5G. Berbeza dengan model yang ditawarkan pada November 2023 lepas, model baharu ini hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Redmi 13C 5G hadir dengan skrin 6.74-inci, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6100+, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP, serta bateri 5000mAh. Menjadi fokus utama pemasaran peranti ini adalah peranti Redmi asas dengan penawaran 5G. Menguasakan telefon pintar ini adalah sistem operasi Android 13 dengan antaramuka MIUI 14.

