Redmi Note 12 Pro+ 5G, telefon kelas pertengahan di Eropah dengan kamera 200MP

Digital
25 Mar 2023 • 7:07 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Subjenama Xiaomi, Redmi, telah melancarkan siri Redmi Note 12 dalam pasaran Eropah. Ia adalah penyambung kepada kejayaan Redmi Note 11 sebagai telefon harga patut yang menawarkan spesifikasi yang kukuh.

Di sana, terdapat 4 varian diperkenalkan iaitu:

  • Redmi Note 12 Pro+ 5G
  • Redmi Note 12 Pro 5G
  • Redmi Note 12 5G
  • Redmi Note 12

Artikel ini akan berkongsikan maklumat lanjut tentang Redmi Note 12 Pro+ 5G dan juga Redmi Note 12 Pro 5G. Anda boleh baca tentang Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 dalam pautan di bawah.

Spesifikasi Redmi Note 12 Pro+ 5G

image is not available

Kita mulakan dengan yang paling tinggi dalam harierki iaitu Redmi Note 12 Pro+ 5G. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan 6.67" beresolusi FHD+ daripada jenis AMOLED. Kadar segar semula yang dimiliki panel paparan ini adalah 120Hz.

image is not available

Atas papan utama, Xiaomi mengenakan Mediatek Dimensity 1080. Cip ini agak baharu, kami laporkan pelancarannya dalam bulan Oktober 2022 lalu. Ia adalah sekuel kepada Dimensity 920 dan berada dalam keluarga 6nm.

image is not available

Ia masih mengekalkan konfigurasi 8 teras seperti Dimensity 920 yang dibahagikan ke dalam 2 kluster. Kluster berprestasi tinggi mengandungi 2 teras Cortex-A78 manakala kluster jimat tenaga mengandungi 6 teras Cortex-A55. Beban pemerosesan grafik pada cip ini dikendalikan oleh Mali-G68.

image is not available

Untuk varian Pro+ 5G, hanya satu konfigurasi RAM dan storan disediakan iaitu 8+256.

Beralih ke komponen pengimejan, ia memiliki kamera belakang utama 200MP bersama-sama dua kamera lagi iaitu kamera ultalebar 8MP dan kamera makro 2MP. Selfie diambil menggunakan kamera 16MP.

image is not available

Menyalakan telefon ini adalah tangki berkapasiti 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 120W.

Lain-lain ciri menarik yang anda perlu tahu adalah seperti konfigurasi speaker stereo, jek audio 3.5mm, dan pemancar infremerah.

Redmi Note 12 Pro+ 5G dijual dalam pasaran Eropah pada harga EUR499 (RM2,381).

Spesifikasi Redmi Note 12 Pro 5G

image is not available

Redmi Note 12 Pro 5G asasnya adalah Redmi Note 12 Pro+ 5G yang berbeza di beberapa bahagian.

Dimulakan dengan yang sama terlebih dahulu. Redmi Note 12 Pro ada badan yang sama, panel paparan 6.67" yang sama, SoC Mediatek 1080 yang sama, kamera selfie 16MP yang sama, kapasiti bateri 5,000mAh yang sama dan semua ciri-ciri menarik yang boleh anda temukan pada varian Pro+ 5G.

image is not available

Namun yang diturun taraf adalah kamera belakangnya. Daripada sensor 200MP, Xiaomi tukarkannya dengan kamera 50MP. Selain kamera utama, dua baki kamera belakang lain miliki spesifikasi yang sama.

image is not available

Kapasiti bateri kekal, tapi sistem pengecasan pantas berubah kepada 67W. Walau bagaimanapun, 67W adalah satu angka yang sangat baik untuk kuasa blok pengecasan.

image is not available

Xiaomi menyediakan beberapa konfigurasi RAM+St-ran untuk Redmi Note 12 Pro. Pengguna boleh dapatkan sama ada 6+128, 8+128, ataupun 8+256.

Redmi Note 12 Pro+ 5G dijual dalam pasaran Eropah pada harga bermula EUR399 (RM1,904).