Redmi A2+ Kini Di Malaysia Pada Harga RM399

TechnologyDigital
28 Apr 2023 • 4:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Redmi kini menawarkan sebuah lagi peranti kelas asas baharu di Malaysia. Melaluinya Redmi A2+ diperkenalkan dengan harga jualan RM399 sebuah. Ia juga boleh didapati dalam beberapa pilihan warna seperti hijau dan biru. Bagi yang berminat ketersediaan adalah bermula 30 April akan datang menerusi pengedar sah Redmi di seluruh Malaysia.

image is not available

Untuk spesifikasi, Redmi A2+ menggunakan panel hadapan bertakuk kecil sebesar 6.52-inci LCD HD+ bersama kadar segar semula standard. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G36, memori 3GB RAM dan storan dalaman 64GB terbina.

Dalam masa sama, ia turut memuatkan kebolehan ruang tambahan menerusi slot kad mikroSD. Gabungan kamera terdiri dengan 8MP + QVGA di belakang dan swafoto 5MP. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui port mikroUSB.