Xiaomi telah memperkenalkan Redmi Book Pro 16 dan Redmi Book Pro 14 2025 di China dengan spesifikasi menarik dalam kelasnya. Kedua-dua model ini direka khas untuk memberikan prestasi tinggi bersama reka bentuk yang bergaya. Selain itu, ciri AI yang disertakan memberikan nilai tambah dengan menjadikan pengalaman pengguna lebih cekap dan lancar.

Redmi Book Pro 16 didatangkan dalam tubuh berasaskan logan dengan ketebalan 15.9mm dan berat 1.88kg. Ia juga dilengkapi skrin LCD 3.1K (3072 X 1920) dengan kadar segar semula 165Hz dan kecerahan maksimum 500 nits. Seterusnya dikuasakan oleh pilihan pilihan CPU Intel Ultra 5 225H (14 cores, 4.9GHz) atau Ultra 7 255H (16 cores, 5.1GHz) bersama memori 32GB (LPDDR5X) dan storan 1TB PCIe 4.0 SSD. Bateri 99Wh yang digunakan boleh berfungsi sehingga 31 jam, selain itu menyokong pengecasan pantas 100W yang boleh mengecas dengan pantas.

Redmi Pro 14 juga mempunyai ketebalan 15.9mm yang sama seperti model Pro 16 tetapi lebih ringan dengan berat 1.45kg. Ia dilengkapi dengan skrin 2.8K (2880×1800) yang menawarkan kecerahan maksimum 500nits dan kadar segar semula 120Hz. Selain itu menawarkan pilihan memori 16/32GB LPDDR5X dan storan SSD PCIe 4.0 1TB bersama slot M.2 bagi tujuan pengembangan storan. Bateri 80Wh yang disertakan mampu bertahan sehingga 31 jam penggunaan, manakala sistem pengecasan GaN 100W pula dapat mengecas komputer ini hingga 51% dalam hanya 30 minit.

Kedua-dua model Redmi Book Pro 16 dan Pro 14 menjalankan sistem operasi Windows 11 dengan enjin Xiaomi AIPC. Enjin ini menyokong keupayaan pemindahan fail antara peranti Xiaomi, menjadikannya pilihan ideal untuk profesional yang perlu beroperasi dalam pelbagai ekosistem. Selain itu, komputer riba ini dilengkapi dengan Xiaomi PC Manager, yang turut sama menyokong pembantu suara Xiao Ai bagi memastikan integrasi yang lancar dalam ekosistem Xiaomi.

Dari segi pilihan I/O, kedua-dua model menyokong Thunderbolt 4, USB-C, HDMI 2.1, dua port USB-A 3.2 Gen1, serta bicu audio 3.5mm. Terdapat juga beberapa ciri tambahan lain yang menarik seperti HyperConnect untuk perkongsian mudah antara peranti, kamera beresolusi 1080P, serta sokongan untuk Dolby Vision dan Dolby Atmos.

