
Redmi secara rasmi melancarkan K100 di China. Peranti ini menawarkan spesifikasi berkuasa, bateri berkapasiti besar serta pelbagai ciri yang memfokuskan kepada pengalaman penggunaan berprestasi tinggi.

Redmi K100 menggunakan skrin OLED rata 6.83 inci dengan resolusi 2772 x 1280 piksel serta kadar segar semula sehingga 165Hz. Ia turut menyokong HDR10+, Dolby Vision dan kecerahan puncak 3,500 nits. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite bersama memori sehingga 16GB LPDDR5X dan storan 512GB. Redmi turut menyertakan cip grafik AI D2 bagi meningkatkan prestasi paparan sekali gus menawarkan pengalaman permua yang lebih lancar.

Antara tarikan utama Redmi K100 ialah bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W yang juga menyediakan pengecas GaN 100W disertakan dalam kotak. Untuk fotografi, peranti ini menawarkan kamera utama 50MP dengan OIS, dipadankan bersama kamera ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 20MP. Ciri lain termasuk penarafan kalis debu dan air IP66, IP68, IP69 serta IP69K, pembesar suara stereo, sokongan Wi‑Fi 7 dan sistem operasi Xiaomi HyperOS 4.


