Redmi K60 Mungkin Diperkenalkan Dalam 3 Pilihan Model

TechnologyDigital
28 Nov 2022 • 8:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seperti yang diketahui, peranti Redmi di bawah siri K sering tertumpu terhadap sokongan perkakasan dalaman yang sepadan dengan julat harga. Ini termasuklah peningkatan prestasi keseluruhan yang lebih baik untuk setiap variasi yang dihasilkan.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan – Redmi K50

Pelbagai desas-desus mengenai variasi baharu untuk siri berkenaan telah kedengaran sejak kebelakangan ini. Terbaharu, Redmi dipercayai memperkenalkan tiga pilihan model berbeza untuknya yang merangkumi Redmi K60, Redmi K60 Pro dan Redmi K60E. Ia dijangka dilancarkan pada bulan Disember ini, namun tiada tarikh rasmi yang ditetapkan setakat ini.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan – Redmi K50 Gaming Edition

Maklumat mengenai cip pemprosesan turut sama dikongsi yang menunjukkan Redmi K60 dengan kod nama ‘socrates’ akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Ini merupakan cip mercu yang paling berkuasa ditawarkan oleh Qualcomm yang digunakan pada peranti Android.

Sementara itu, Redmi K60 Pro dengan kod nama ‘modrian’ pula dipercayai dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1. Redmi K60E dengan kod nama ‘Rembrandt” pula dikatakan dilengkapi dengan cip MediaTek, sama ada Dimensity 8200 atau Dimensity 9200.

image is not available

Dalam perkembangan berbeza, ketiga-tiganya juga dikhabarkan telah melepasi penyenaraian 3C yang menunjukkan varisi pro dibekalkan sistem pengecasan 120W. Sementara itu, dua lagi yang lain sekadar dilengkapi sistem pengecasan 67W.