Redmi Note 12 Pro+ 5G Malaysia: Kamera 200MP pertama dalam kelasnya pada RM1,599

Digital
5 Apr 2023 • 9:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Redmi hari ini telah mengumumkan kemas kini penawaran siri Redmi Note mereka untuk pasaran Malaysia. Sebanyak varian telah diperkenal untuk kita iaitu:

  • Redmi Note 12 Pro+ 5G
  • Redmi Note 12 5G
  • Redmi Note 12

Harga Siri Redmi Note 12 di Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk memiliki mana-mana varian dalam siri Redmi, sesi tempahan awal pembelian sedang dijalankan sehingga 13 April 2023. Berikut adalah harga siri Redmi Note 12 di Malaysia:

  • Redmi Note 12 Pro+ 5G (8+256) – RM1,599
  • Redmi Note 12 5G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12 (8+128) – RM799
  • Redmi Note 12 (6+128) – RM699

image is not available

Antara promosi yang sedang berjalan adalah hadiah Redmi Smart Band 2 untuk pembeli awal mana-mana varian Redmi Note 12.

image is not available

Spesifikasi Redmi Note 12 Pro+ 5G

image is not available

Redmi Note 12 Pro+ 5G adalah varian tertinggi dalam kalangan trio yang dilancarkan. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan 6.67" beresolusi FHD+ daripada jenis AMOLED. Kadar segar semula yang dimiliki panel paparan ini adalah 120Hz.

image is not available

Atas papan utama, Xiaomi mengenakan Mediatek Dimensity 1080. Cip ini agak baharu, kami laporkan pelancarannya dalam bulan Oktober 2022 lalu. Ia adalah sekuel kepada Dimensity 920 dan berada dalam keluarga 6nm.

image is not available

Ia masih mengekalkan konfigurasi 8 teras seperti Dimensity 920 yang dibahagikan ke dalam 2 kluster. Kluster berprestasi tinggi mengandungi 2 teras Cortex-A78 manakala kluster jimat tenaga mengandungi 6 teras Cortex-A55. Beban pemerosesan grafik pada cip ini dikendalikan oleh Mali-G68.

image is not available

Untuk varian Pro+ 5G, hanya satu konfigurasi RAM dan storan disediakan iaitu 8+256.

Beralih ke komponen pengimejan, ia memiliki kamera belakang utama 200MP bersama-sama dua kamera lagi iaitu kamera ultalebar 8MP dan kamera makro 2MP. Selfie diambil menggunakan kamera 16MP.

image is not available

Menyalakan telefon ini adalah tangki berkapasiti 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 120W. Lain-lain ciri menarik yang anda perlu tahu adalah seperti konfigurasi speaker stereo, jek audio 3.5mm, dan pemancar infremerah.

Harga pelancaran RM1,599 telefon ini adalah sama seperti Redmi Note 11 Pro+ 5G sewaktu dilancarkan tahun 2022 lalu.