Redmi Watch 3 Malaysia: Jam tangan dengan speaker & mikrofon dilancar pada harga dari RM399

Digital
5 Apr 2023 • 9:50 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Salin tiga telefon dalam siri Note 12, Redmi turut melancarkan seutas jam tangan pintar Redmi Watch 3. Ini adalah jam tangan kedua daripada jenama itu yang masuki Malaysia selepas Redmi Watch 2 Lite dan ia sarat dengan ciri-ciri menarik.

image is not available

Harga Redmi Watch 3 di Malaysia

Harganya sangat kompetetif. Ia mungkin jam tangan dengan speaker dan mikrofon termurah di Malaysia. Redmi Watch 3 boleh didapati pada harga RM429. Tapi jangna lepaskan peluang untuk belinya pada harga promosi RM399 yang ditawarkan sehingga

image is not available

Spesifikasi Redmi Watch 3

Muka jam Redmi Watch 3 berbentuk petak. Ia ada panel AMOLED sebesar 1.75" dengan paras kecerahan setinggi 600 nits.

image is not available

Ia kalis air sedalam 5ATM sesuai untuk anda yang menjalankan aktiviti lasak di dalam air.

image is not available

Antara ciri menarik jam tangan ini adalah ia dilengkapi mikrofon dan speaker. Hasilnya, anda boleh jawab panggilan telefon terus daripada pergelangan tangan anda asalkan jam tangan berhubung dengan telefon melalui Bluetooth.

image is not available

Redmi Watch 3 menyokong 5 jenis satelit penjejak iaitu GPS, Beidou, GLONASS, Galileo, dan QZSS. Makanya, menjejak aktiviti sukan anda bukanlah saut masalah buat jam tangan ini.

image is not available

Lain-lain sensor yang terkandung padanya adalah seperti:

  • pembaca nadi (dengan fungsi ketepuan oksigen)
  • akselerometer
  • giroskop
  • geomagnetik

image is not available

Dengan satu bateri penuh, Redmi Watch 3 boleh berkhidmat selama 12 jam lamanya. Sistem bateri yang dimiliki jam tangan ini adalah yang berkapasiti 289mAh.

image is not available

Rekaan jam tangan Redmi Watch 3 juga agak menarik. Katanya mereka gunakan ciri memory loop yang akan memudahkan pemakai mengenakan jam tangan itu kembali selepas memakainya buat kali pertama.