Redmi Note 12S : Sesuai untuk anda yang ada bajet bawah RM1,000 untuk telefon

Digital
11 May 2023 • 12:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Redmi telah melakukan pengumuman pusingan kedua untuk Redmi Note 12. Dalam bulan April 2023 lalu mereka mengumumkan 3 ahli pertama Redmi Note 12, kini mereka mengumumkan tiga lagi ahli baharu iaitu:

  1. Redmi Note 12 Pro 5G
  2. Redmi Note 12 Pro 4G
  3. Redmi Note 12S

Harga siri Redmi Note 12 di Malaysia

Dengan pelancaran 3 ahli baharu dalam keluarga Redmi Note 12, maka jumlah keseluruhan variasi Redmi Note 12 kini menjadi 6 semuanya. Berikut adalah senarai harga semua varian Redmi Note 12 yang boleh anda dapatkan dalam pasaran Malaysia:

  • Redmi Note 12 Pro+ 5G (8+256) RM1,599
  • Redmi Note 12 Pro 5G (8+256) – RM1,299
  • Redmi Note 12 Pro 4G (8+256) RM1,099
  • Redmi Note 12 5G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12S (8+256) – RM999
  • Redmi Note 12 (8+128) RM799
  • Redmi Note 12 (6+128) RM699

image is not available

Baca tentang Redmi Note 12 Pro+ disini
Baca tentang Redmi Note 12 Pro 5G disini
Baca tentang Redmi Note 12 Pro 4G disini
Baca tentang Redmi Note 12 5G disini
Baca tentang Redmi Note 12S disini
Baca tentang Redmi Note 12 disini

Spesifikasi Redmi Note 12S

Daripada segi harga, Redmi Note 12S berada di atas Redmi Note 12. Kalau anda lihat helaian spesifikasi, anda akan dapati yang ia adalah Redmi Note 11S dalam banyak aspek.

image is not available

Redmi Note 12S adalah sebuah telefon dengan panel paparan AMOLED sebesar 6.43". Refresh ratenya adalah 90Hz dengan kecerahan maksimum 1,000 nits. Kaca itu dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3.

image is not available

Di bahagian kamera, anda boleh menemui kamera utama 108MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Pada Redmi 11S dulu, ia ada kamera keempat iaitu kamera depth tapi di Redmi 12S kamera itu telah disisihkan. Selfie diambil dengan kamera 16MP.

image is not available

Atas papan utama, Redmi Note 12S ditunjangi cip Mediatek Helio G96 dengan RAM 8GB beserta storan 256GB. Ini adalah satu-satunya kombinasi yang boleh anda dapati di Malaysia dan ia adalah varian tertinggi.

image is not available

Menghidupkan segala komponen elektronik pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 33W.

image is not available

Pada harga bawah RM1,000 Redmi Note 12S ada potensi yang baik. Ia ada skrin AMOLED, speaker stereo dan kamera 108MP. Untuk pengguna kasual, ia adalah lebih daripada cukup.