Redmi Note 13, Redmi Note 12 dan Redmi Pad SE akan dapat Xiaomi HyperOS tahun ini

Digital
26 Feb 2024 • 3:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam majlis pelancaran Xiaomi di MWC 2024 di Barcelona, Xiaomi turut berkongsi tentang perancangan mereka untuk Xiaomi HyperOS. Salah satu perkara tentangnya adalah peranti lama yang akan dikemaskini ke OS terbaru Xiaomi ini.

Xiaomi HyperOS akan digunakan bukan sahaja di telefon pintar dan tablet, tetapi akan digunakan juga di jam pintar Xiaomi. Untuk separuh tahun pertama 2024 (H1 2024), berikut adalah senarai peranti yang akan diberi kemaskini HyperOS:

Telefon Pintar

  • Siri Xiaomi 14 (datang siap)
  • Siri Xiaomi 13
  • Siri Xiaomi 13T
  • Siri Xiaomi 12
  • Siri Xiaomi 12T
  • Siri Redmi Note 13
  • Redmi Note 12 Pro+ 5G
  • Redmi Note 12 Pro 5G
  • Redmi Note 12 5G

Tablet

  • Xiaomi Pad 6S Pro (datang siap)
  • Xiaomi Pad 6
  • Redmi Pad SE

Peranti boleh pakai

  • Xiaomi Watch S3 (datang siap)
  • Xiaomi Smart Band 8 Pro (datang siap)

Dapat dilihat, semua peranti yang baru dilancar hari ini akan datang siap dengan sistem operasi terbaru Xiaomi HyperOS. Ini termasuk jam pintar dan gelang pintar. Manakala untuk peranti lama, kelihatan hanya produk yang dilancar tahun 2022 dan 2023.

Mungkin kita akan melihat lebih banyak peranti dalam senarai yang menerima kemaskini HyperOS pada pertengahan kedua tahun ini.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved