Xiaomi HyperOS Akan Dikemaskini Dengan Ciri AI Dan Xiaomi HyperMind

TechnologyDigital
25 Feb 2024 • 10:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi HyperOS adalah sistem operasi Xiaomi generasi baharu. Xiaomi cuba mengikut jejak langkah Huawei dengan konsep satu sistem operasi untuk semua. HyperOS memfokuskan ekosistem Human x Car x Home, di mana setiap peranti HyperOS akan mesra dengan peranti Internet benda serta kenderaan yang menggunakan sistem inforia baharu Xiaomi. Di Plaça de Willy Brandt, Barcelona hari ini Xiaomi memperkenalkan kemas kini baharu untuk versi global.

image is not available

HyperOS baharu ini menyasarkan empat matlamat; Comprehensive Refactoring, Cross-Device Intelligent Connectivity, Proactive Intelligence, dan End-to-End Security. Khusus untuk pengguna pasaran global, kemas kini baharu ini turut akan membawa integrasi Google Photos terus terbina. Ia akan diedarkan secara berperingkat.

image is not available

Perkara paling menarik adalah ciri AI generatif baharu. Pertama adalah AI Subtitles untuk sari kata masa nyata ketika sesi telesidang. Kedua adalah AI Album Search, hanya menggunakan prom ringkas untuk mencari gambar dalam aplikasi album HyperOS.

image is not available

image is not available

Ketiga pula AI Portraits yang dilatih dengan imej pengguna yang sedia. Kemudian sistem AI akan menjana model baharu berasaskan wajah pengguna untuk diubahsuai gaya senyuman, latar belakang atau juga pakaian.

image is not available

image is not available

Akhir sekali adalah AI Expansion seakan Photoshop Generative Expand, di mana imej pengguna sedia ada boleh diperluaskan lagi pemandangannya dengan bantuan AI generatif. Pada Xiaomi AI Expansion ini diproses dari dalam peranti.

image is not available

Xiaomi HyperMind adalah sistem baharu peranti Internet benda yang menggunakan Mi Home. Ia turut menggunakan AI untuk mempelajari persekitaran pengguna, melihat keadaan suasana, mendengar situasi dan juga memantau corak aktiviti pengguna. Dengan ini, peranti Internet benda di rumah boleh aktif secara automatik mengikut apa yang HyperMind faham. HyperMind turut dibangunkan agar setiap produk seperti kamera litar tertutup, speaker pintar, lampu pintar dan banyak lagi boleh berhubung antara satu sama lain.

image is not available

Pada Xiaomi 14 yang sedang saya gunakan sekarang, ciri AI ini masih belum tersedia. Kemas kini yang mengaktifkan semua ciri ini akan diedarkan dalam masa terdekat khusus untuk pengguna global. Sementara menantikan kemas kini ini, anda boleh rujuk jadual pengedaran HyperOS kepada peranti yang layak melalui pautan ini.

image is not available