
Dalam kehidupan moden, telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi. Ia telah menjadi teman kerja, rakan belajar dan sahabat setia ketika bercuti. Namun ada satu perkara yang sering mencetuskan drama iaitu ketahanan bateri. Amaran bateri lemah pada saat genting boleh membuat hati berdebar seakan-akan semua rancangan tergendala. Ramai pula terpaksa bergantung pada pengecas atau bank kuasa tambahan yang membebankan.

Bayangkan pengalaman menggunakan telefon pintar tanpa gangguan bateri? Pastinya ia mampu memberikan ketenangan dan menjadikan gaya hidup moden lebih bebas serta menyeronokkan.
Penyelamat Harian Anda

Tenang, REDMI hadir sebagai penyelamat dengan memperkenalkan REDMI Note 17 Pro Max 5G yang dilengkapi bateri berkapasiti 10,000mAh. Peranti ini menjadi jawapan tepat kepada pengguna yang sering berdepan cabaran ketahanan bateri. Dibina dengan penekanan terhadap ketahanan luar biasa, sekali cas sudah cukup untuk bertahan sepanjang hari. Malah, ia mampu digunakan sehingga dua hari atau lebih bergantung pada corak penggunaan.

Dengan keupayaan ini, REDMI Note 17 Pro Max 5G memberikan kebebasan sebenar kepada pengguna untuk bergerak tanpa gangguan. Tidak perlu lagi mencari soket atau membawa bank kuasa tambahan yang membebankan di dalam beg.
Penggunaan Harian Tanpa Gangguan
Adakah ini sekadar janji di atas kertas? Jawapannya tidak. Ketahanan REDMI Note 17 Pro Max 5G telah dibuktikan secara nyata ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Sepanjang lebih 13 jam perjalanan dengan SIM dan data sentiasa aktif serta penggunaan peta berterusan termasuk ketika berjalan kaki mencari lokasi, telefon ini terus berfungsi tanpa perlu dicas semula.

Bukan itu sahaja, telefon ini turut digunakan untuk rutin harian yang agak berat seperti mendengar muzik, berkomunikasi, merakam gambar dan video, serta menyunting video di CapCut. Semua aktiviti ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Lebih menariknya, pada keesokan harinya telefon ini masih boleh digunakan untuk beberapa aktiviti lain sebelum akhirnya masuk ke mod hibernasi (Hibernate Mode) menjelang malam dan terpadam sepenuhnya pada pagi berikutnya.

Bukti nyata ini menunjukkan bahawa ketahanan bateri peranti tersebut bukan sekadar promosi, tetapi pengalaman sebenar yang boleh dirasai oleh pengguna. Tiada lagi keresahan bateri!

Kebebasan ini turut disokong dengan teknologi pengecasan pantas berwayar 100W. Hanya dengan pengecasan selama 20 minit, telefon ini mampu digunakan sepanjang hari tanpa perlu risau atau resah. Selain itu, ia menawarkan jangka hayat bateri sehingga enam tahun dengan 1,600 kitaran pengecasan sambil mengekalkan lebih 80% tahap kesihatan bateri.

Lebih hebat lagi, pengguna boleh membantu rakan-rakan yang kehabisan bateri melalui sokongan fungsi pengecasan berbalik berwayar 27W. Fungsi ini menjadikan REDMI Note 17 Pro Max 5G bukan sekadar telefon pintar, tetapi juga sumber tenaga mudah alih yang menyokong gaya hidup aktif.
Jaminan Produk Premium

Dengan perlindungan kalis air dan habuk yang lebih baik serta reka bentuk tahan lasak, REDMI Note 17 Pro Max 5G memberikan keyakinan kepada pengguna ketika berdepan persekitaran mencabar. Peranti ini dibina untuk menahan keadaan harian dengan ketahanan jatuh sehingga 3 meter, perlindungan air menyeluruh dengan standard IP66, IP68, IP69 dan IP69K, serta disokong Corning Gorilla Glass Victus 2. Ia juga menerima pengiktirafan TÜV SÜD 5-star Titan Quality Certification yang merangkumi prestasi bateri, ketahanan air dan ketahanan jatuh.

Selain itu, siri REDMI Note 17 turut menawarkan jaminan perisian yang boleh dipercayai. Pengguna akan menikmati sokongan empat tahun naik taraf sistem operasi dan enam tahun kemaskini keselamatan. Lebih daripada itu, terdapat jaminan lima tahun untuk bateri, tiga tahun perlindungan skrin, dua tahun perlindungan kerosakan cecair, dua tahun jaminan penutup belakang, serta dua tahun jaminan kualiti keseluruhan.
Rekaan Elegan Dan Teknologi Terkini

Adakah ini tentang bateri sahaja? Pastinya tidak! Ketahanan lasak ini tidak mengorbankan gaya kerana ia hadir menawan dengan rekaan Photochromic Cloud Blush khususnya dalam varian putih yang dari sudut tertentu seakan memaparkan awan indah dengan sentuhan warna menarik. Bukan sekadar cantik, pengalaman penggunaan juga memuaskan dengan skrin besar 6.83 inci 1.5K AMOLED yang rata sepenuhnya. Paparan terasa cukup puas untuk tontonan, permua atau kerja harian.

Kamera pula hadir dengan gabungan memadai 50MP Ultra Clear Camera. Ia turut dilengkapi dengan 8MP ultra-lebar dan 32MP kamera hadapan. Hasilnya jelas serta menarik dan memadai untuk merakam detik berharga. Audio juga tidak mengecewakan kerana ia menggunakan pembesar suara stereo dengan peningkatan audio sehingga 400%. Semua ini dikuasai oleh cip Snapdragon 6 Gen 5 yang memadai untuk keperluan harian pengguna moden.










Promosi Pratempahan Eksklusif!
Bagi yang berminat, pratempahan REDMI Note 17 Pro Max 5G dibuka di Xiaomi Stores terpilih dari 27 Ogos hingga 4 September 2026. Untuk pratempahan dalam talian, kunjungi mi.com atau kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok dari 2 hingga 4 September 2026.

Hanya dengan deposit RM100, anda boleh nikmati diskaun eksklusif RM300 serta hadiah percuma berupa REDMI Headphones Neo dan Xiaomi Smart Band 9 Active. Lebih istimewa, pembelian ini turut hadir dengan perlindungan jaminan premium sehingga 5 tahun yang merangkumi:
- Jaminan bateri selama 5 tahun.
- Perlindungan skrin selama 3 tahun.
- Perlindungan kerosakan cecair selama 2 tahun.
- Jaminan panel belakang selama 2 tahun.
- Jaminan kualiti selama 2 tahun.
Selain itu pelanggan turut akan menerima faedah tambahan termasuk 2 bulan langganan YouTube Premium dan 6 bulan Google One dengan storan awanan 200GB. Jangan lepaskan peluang ini kerana pratempahan siri REDMI Note 17 5G bukan sahaja menawarkan peranti dengan teknologi terkini tetapi hadiah eksklusif dan perlindungan premium!
Penafian: Advertorial dibawakan oleh Xiaomi Malaysia.


