Redmi 17C 5G Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 6300 Dan Bateri 6000mAh

TechnologyDigital
26 Aug 2026 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi 17C 5G Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 6300 Dan Bateri 6000mAh

Redmi secara rasmi melancarkan Redmi 17C 5G, sekali gus menambah pilihan baharu dalam siri Redmi 17 selepas model 4G dan 5G. Model ini memberi fokus kepada skrin lebih besar, ketahanan bateri yang panjang, serta sokongan 5G terbina bagi sambungan internet lebih pantas.

Image from: Redmi 17C 5G Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 6300 Dan Bateri 6000mAh

Redmi 17 5G hadir dengan skrin LCD HD+ berukuran 6.9 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Skrin ini mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 600 nits dan turut dilengkapi dengan teknologi DC dimming serta pensijilan TÜV Rheinland bagi mengurangkan ketegangan mata.

Peranti turut dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 6300 bersama gabungan memori 4GB RAM serta storan sehingga 128GB. Sokongan memori maya membolehkan RAM ditingkatkan sehingga 8GB secara maya sekali gus menjadikan keseluruhannya 16GB RAM. Slot microSD terbina pula membolehkan sokongan tambahan storan sehingga 1TB.

Image from: Redmi 17C 5G Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 6300 Dan Bateri 6000mAh

Redmi 17C 5G turut hadir dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 33W namun hanya pengecas 15W disertakan dalam kotak pembelian. Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP untuk kegunaan harian. Peranti ini juga menawarkan bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi serta menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS.

Di Singapura, Redmi 17C 5G dijual pada harga S$279 (~RM 884). Buat masa ini, masih belum ada maklumat rasmi mengenai penawarannya di pasaran Malaysia.

Sumber – Xiaomi Singapore

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved