
Teka-teki akhirnya terjawab apabila Redmi Turbo 5 Max disahkan sebagai peranti baharu jenama itu yang dibekalkan dengan bateri sebesar 9000mAh.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Redmi melalui poster rasmi yang turut mendedahkan rekaan peranti tersebut. Dengan kapasiti bateri sebesar itu, ia menjadi yang terbesar dalam barisan telefon pintar Redmi setakat ini. Meskipun begitu, Redmi masih belum mendedahkan pengecasan yang digunakan namun ia dijangka menyokong sehingga 100W berdasarkan khabar angin yang tertiris sebelum ini.


Redmi Turbo 5 Max dilihat menyerupai iPhone 17 khususnya pada bonggol kamera yang menyusun dua sensor secara melintang. Tubuh pula rata dengan sisi melengkung manakala warna biru turut ditawarkan sebagai salah satu pilihan. Skrin hadapan juga rata dengan lubang kecil yang menempatkan kamera swafoto. Secara keseluruhan, rekaannya kelihatan mirip beberapa pendahulunya sebelum ini.
Untuk perkakasan dalaman, peranti ini akan dikuasakan cip baharu Dimensity 9500s sementara itu spesifikasi lain hanya akan diketahui selepas pelancaran rasmi kelak.


