
IQOO Z11 Turbo dilancarkan di China semalam. Rekaannya dilihat berbeza berbanding elemen yang lazim digunakan oleh IQOO. Selain itu, ia turut memberi penekanan terhadap prestasi serta ketahanan bateri.

IQOO Z11 Turbo hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 serta memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain itu, ia dipadankan dengan cip khusus Q2 untuk kegunaan permua, manakala sistem Ice Dome Vapor Chamber memastikan peralihan haba lebih efisien. Di samping itu, bateri besar 7600mAh digunakan dan menyokong pengecasan pantas 100W.

Skrin AMOLED bersaiz 6.59 inci dengan resolusi 1.5K digunakan, di samping menyokong kadar segar semula 144Hz serta kecerahan puncak sehingga 500 nits. Untuk kamera, ia hadir dengan sensor utama 200MP bersama OIS yang turut menawarkan sehingga 4X lossless zoom. Selain itu, ia dilengkapi kamera 8MP ultra lebar dan kamera swafoto 32MP.

Dari segi harga, IQOO Z11 Turbo ditawarkan bermula pada CNY 2,699 (~RM 1,572) untuk 12GB/256GB. Sementara itu, model 12GB/512GB dijual pada harga CNY 3,199 (RM 1,864). Bagi pilihan dengan RAM lebih besar, model 16GB/256GB berharga CNY 2,999 (~RM1,747), manakala 16GB/512GB pula pada CNY 3,499 (~RM2,038). Akhir sekali, model plaing besar 16GB/1TB ditawarkan pada harga CNY 3,999 (~RM 2,329).

