Redmi umum pengecas 300W, 10 kali ganda lebih laju daripada iPhone 27W

Digital
1 Mar 2023 • 10:58 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Redmi mengumumkan yang mereka telah berjaya bangunkan sistem pengecasan 300W. Menurut video yang mereka kongsikan, sebuah Redmi Note 12 Pro+ yang memiliki tangki bateri 4,100mAh boleh diisi penuh dalam masa 5 minit sahaja.

image is not available

Berdasarkan video, kita boleh lihat pengecas berjaya kekalkan output pada 280W untuk 2 minit. Biasanya pengecas tidak akan beroperasi pada paras tertinggi sebegitu lama dek penghasilan haba yang terlalu tinggi yang akhirnya akan merosakkan bateri itu sendiri.

Daripada utusan di Weibo rasmi Redmi, mereka memaklumkan yang teknologi pegencasan 300W ini dimungkinkan dengan penggunaan bateri khas. Tambah menarik, pengecas berteknologi GaN yang digunakan juga unik kerana dalamnya terkandung dua pengecas GaN dalam satu pakej untuk mencapai paras kuasa setinggi itu.

Akhir sekali, mereka juga ada menyentuh bab keselamatan. Pembangun teknologi ini menyatakan yang lebih 50 titik keselamatan telah diwujudkan merentasi sistem pengecas untuk memastikan boleh digunakan pengguna biasa.Walau bagaimanapun, ini cumalah sekadar pembuktian konsep dan tidak seperti Realme GT3 240W yang boleh didapatkan dalam pasaran.

Sumber: Weibo