Redmi Watch 3 Active Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM179

TechnologyDigital
5 Jul 2023 • 6:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Malaysia kini hadir dengan pilihan peranti boleh pakai baharu menerusi Redmi Watch 3 Active. Bagi yang berminat, ia dijual dengan harga RM179 dan boleh mula dibeli bermula 7 Julai akan datang menerusi pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

image is not available

Menariknya lagi apabila ia turut ditawarkan dengan harga lebih rendah RM129 untuk pembelian yang dibuat diantara tarikh 7 hingga 9 Julai 2023. Namun begitu promosi terhad untuk pembelian secara dalam talian sahaja.

Untuk spesifikasi, Redmi Watch 3 Active dilengkapi dengan skrin 1.83″ LCD dengan resolusi 240 X 280 piksel dan kecerahan 450nits. Pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan juga dimuatkan pada peranti ini yang merangkumi pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2 dan lebih 100 mod sukan terbina.

image is not available

Bukan itu sahaja, ia juga melepasi penarafan kalis air 5ATM. Di samping mempunyai mikrofon dan pembesar suara terbina yang semestinya menyokong kebolehan panggilan bluetooth. Bateri 289mAh yang digunakan pula menawarkan ketahanan maksimum mencapai 12 hari penggunaan.