Redoxon Riuh Bazar terus misi sokong usahawan

LocalSales & Promo
10 Mar 2026 • 6:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Halimey Abu Bakar (tiga dari kiri) dan Rosli (dua dari kanan) bersama rider yang akan mengagihkan makanan kepada penerima terpilih.
image is not available
ROSLI
image is not available
Redoxon mengagihkan sampel kepada pengunjung yang hadir ke reruai Sinar Harian x Redoxon di Bazar Ramada Taman Medan, Petaling Jaya pada Rabu.
image is not available
Petugas menerangkan produk Redoxon kepada salah seorang pengunjung bazar.
image is not available
ZULKEFLY
image is not available
ANUAR
image is not available
MUHAMMAD HAZIQ
image is not available

PETALING JAYA – Program Redoxon  Riuh Bazar: Dari Sahur Hingga Iftar, Nutrisi  Penuh Makna meneruskan siri jelajahnya  dengan memilih Bazar Ramadan Taman  Medan, di sini sebagai lokasi ketiga, pada Rabu.

Sebanyak 500 pek makanan diagihkan  kepada pengunjung dengan 200  daripadanya dihantar ke empat lokasi  berbeza iaitu Madrasah Tahfiz al-Quran Al Ukhwah, Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Surau Al-Husna dan Balai Bomba dan  Penyelamat Petaling Jaya.

Inisiatif kali ketiga itu masih mengekalkan konsep sama iaitu setiap pek makanan dibeli terus daripada peniaga bazar berkenaan sebagai usaha menyokong dan  memperkasakan ekonomi usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Pengunjung turut diberikan sampel percuma produk Redoxon Triple Action dengan Formula Tindakan Tiga, yang  mengandungi vitamin C,vitamin D dan zink membantu menyokong kesihatan  menyeluruh untuk tubuh badan.

Menurut Pengurus Jabatan Komersil, Pemasaran dan Komuniti Sinar Harian, Rosli Ahmad, program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Sinar Harian bersama jenama suplemen kesihatan itu yang komited mendekati  masyarakat melalui platform Riuh Bazar sepanjang Ramadan.

**media[3458984]**

Beliau berkata, selain agihan pek iftar, Sinar Harian turut melaksanakan inisiatif  tambahan dengan menyampaikan  sumbangan beras kepada golongan asnaf  sekitar Taman Medan untuk membantu meringankan beban keluarga yang  memerlukan.

“Selepas Kelana Jaya dan Kota Damansara, Riuh Bazar diteruskan ke Taman Medan dan akhir sekali nanti di Stadium  Shah Alam bagi siri bersama Redoxon sebelum menjelajah ke lokasi lain dengan kerjasama penaja berbeza.

“Riuh Bazar bukan sekadar acara  memeriahkan Ramadan, sebaliknya menjadi manifestasi komitmen Sinar Harian dalam  membawa suara rakyat lebih dekat, sekali gus menggalakkan masyarakat kekal sihat  sepanjang Ramadan bersama Redoxon,” katanya.

Santuni, raikan pengunjung

Dalam pada itu Rosli memberitahu, daripada jumlah keseluruhan 500 pek makanan yang disediakan, 300 pek diagihkan kepada pengunjung yang hadir ke reruai Sinar Harian dan Redoxon, manakala 200 pek lagi disumbangkan kepada rumah kebajikan berhampiran.

**media[3458981]**

“Konsep kami mudah iaitu membeli dan kemudian menyumbang. Ini sebahagian daripada usaha dalam kempen Suara Rakyat  yang sentiasa mendekati komuniti setempat,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Redoxon atas sokongan dalam  menjayakan program tersebut yang  melibatkan empat lokasi terpilih sepanjang Ramadan.

**media[3458983]**

Malah menurutnya, orang ramai khususnya warga Shah Alam masih berpeluang untuk menyertai siri seterusnya  yang akan berlangsung di Bazar Ramadan  Stadium Shah Alam pada 11 Mac ini.

“Bagi yang tidak sempat hadir hari ini,  kami menjemput anda untuk memeriahkan Ramadan bersama kami di Shah Alam nanti. 

“Kunjungi reruai Redoxon dan Sinar  Harian untuk sama-sama berkongsi rezeki dan keceriaan,” katanya.

Contoh terbaik kongsi rezeki yang sebenar

Sokongan Redoxon terhadap peniaga bazar Ramadan tahun ini disifatkan sebagai suntikan semangat dan limpahan rezeki  buat usahawan kecil.

Peniaga marbatak, Zulkefly Said, 48, berkata, inisiatif yang dilaksanakan syarikat berkenaan bukan sahaja membeli  makanan, malah turun padang dari gerai  ke gerai bagi mempromosikan perniagaan peniaga.

**media[3458979]**

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana  Redoxon sudi membeli dan menyokong peniaga di bazar Ramadan ini. Secara tidak langsung memberi kami peluang juga untuk memperkenalkan produk jualan kepada  orang ramai.

“Program seperti ini perlu diteruskan  di tempat lain agar lebih ramai peniaga bazar dapat berkongsi rezeki dengan  pengunjung tempatan,” katanya.

Dalam program tersebut, Zulkefly  yang sudah berniaga sejak 10 tahun lalu menyediakan 100 pek makanan untuk  diagihkan kepada pengunjung bazar.

Sementara itu seorang lagi peniaga,  Anuar Ismail, 42, turut berkongsi kegembiraan apabila menerima tempahan sebanyak 100 roti john daripada Redoxon untuk diagihkan kepada orang  ramai.

**media[3458982]**

Menurutnya, pembelian berkenaan merupakan rezeki luar jangka sempena Ramadan dan sedikit sebanyak membantu  meningkatkan jualan hariannya.

“Alhamdulillah dengan tempahan daripada Redoxon, saya juga dapat berkongsi rezeki dengan pengunjung yang datang ke bazar.

“Saya harap aktiviti seperti ini  diperluaskan lagi supaya orang ramai lebih kenal jenama suplemen kesihatan ini dan dalam masa sama membantu peniaga menjana pendapatan,” ujarnya.

Bagi seorang pelajar, Muhammad  Haziq Razi, 17, program Redoxon Riuh  Bazar memberi manfaat bukan sahaja kepada peniaga, malah pengunjung bazar yang terdiri daripada golongan pelajar dan keluarga berpendapatan sederhana.

**media[3458986]**

Menurutnya, pengagihan makanan secara percuma itu membantu meringankan beban perbelanjaan harian, khususnya dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Pendekatan Redoxon yang turun  padang dan berinteraksi secara langsung dengan peniaga wajar dicontohi syarikat  korporat lain.

“Selain mempromosikan produk, program seumpama itu turut menyemarakkan semangat Ramadan melalui perkongsian rezeki serta mengeratkan hubungan antara syarikat, peniaga dan komuniti setempat,” katanya.

**media[3458985]**