Reformasi pendidikan tak boleh bergantung pada siapa jadi menteri – Fadhlina

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 12:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kejayaan reformasi pendidikan perlu diukur melalui perubahan yang dapat dirasai murid, daripada pembentukan akhlak dan peningkatan pencapaian akademik hinggalah kepada keselamatan mereka di sekolah.

Image from: Reformasi pendidikan tak boleh bergantung pada siapa jadi menteri – Fadhlina

Foto: BERNAMA

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata usaha itu perlu menjadi amalan seluruh warga pendidikan supaya perubahan dapat diteruskan merentasi pertukaran kepimpinan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Reformasi juga tidak boleh bergantung pada siapa yang menjadi menteri, (sebaliknya) ia mesti menjadi budaya dan seluruh ekosistem pendidikan negara.
“Kita perlu terus berani menilai, memperbaiki dan memastikan setiap perubahan membawa hasil kepada anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Nyala: Kisah Reformasi Pendidikan di Pusat Konvensyen. Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Menurut Fadhlina, perubahan boleh bermula daripada cara guru berinteraksi dengan murid dan keputusan harian pemimpin sekolah. Beliau berkata, kemudahan seperti kelas digital, papan pintar dan penghawa dingin ialah sebahagian daripada perubahan di sekolah, manakala kesannya perlu dilihat melalui pengalaman murid di dalam bilik darjah.

“Perubahan paling penting ialah perubahan dalam bilik darjah kita, (kerana) ia merupakan sekecil-kecil reformasi yang boleh kita lakukan. 
“(Namun), pada masa sama ia boleh menjadi sebesar-besar reformasi apabila anak-anak kita mendapat manfaatnya daripadanya,” ujarnya.

Fadhlina berkata, antara ukuran keberhasilan reformasi ialah perkembangan akhlak murid, pencapaian akademik termasuk keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta tahap keselamatan di sekolah. Bagi murid, katanya, manfaat reformasi dapat dilihat melalui perubahan dalam pembelajaran dan kehidupan mereka di sekolah.

Dalam pada itu, beliau berkata program Nyala diwujudkan untuk mengiktiraf usaha warga pendidikan di sekolah bandar, pinggir bandar dan pedalaman. Penilaian menggunakan instrumen SKAS yang mempunyai penanda aras tersendiri, dengan pemantauan oleh Jemaah Nazir.

Fadhlina turut menekankan peranan Jemaah Nazir dalam membimbing warga pendidikan, mengangkat martabat guru dan membantu sekolah meningkatkan pencapaian.

“Jemaah Nazir bukan orang yang ditakuti tetapi orang yang dilihat sebagai suri teladan dalam profesion pendidikan,” tambahnya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada guru, pemimpin sekolah, anggota kumpulan pelaksana dan pegawai pendidikan. Katanya, pengiktirafan menerusi Nyala diharap dapat mendorong mereka meneruskan usaha penambahbaikan di sekolah.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved