Reformasi pendidikan bukan sekadar perubahan fizikal sekolah – Fadhlina

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 12:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Reformasi pendidikan bukan sekadar perubahan fizikal sekolah – Fadhlina

PUTRAJAYA: Kejayaan reformasi pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan berapa banyak perubahan fizikal dilakukan di sekolah, tetapi sejauh mana ia meningkatkan kualiti pembelajaran, keselamatan dan pembentukan akhlak murid.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, reformasi pendidikan perlu berteraskan perubahan yang benar-benar memberi manfaat kepada murid dan bukannya sekadar penambahbaikan kosmetik seperti pemasangan papan pintar atau penghawa dingin di sekolah.

Menurut beliau, perubahan paling penting perlu bermula di dalam bilik darjah kerana itulah ruang paling asas yang membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan dan dirasai oleh murid.

“Keberkesanan perubahan itu perlu dilihat menerusi peningkatan pencapaian akademik, pembentukan akhlak serta tahap keselamatan murid ketika berada di sekolah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian NYALA di sini, hari ini.

Katanya, inisiatif Nyala 2026 ialah platform menghargai kisah reformasi yang dilaksanakan oleh sekolah tanpa mengira lokasi, termasuk sekolah pedalaman, bandar dan pinggir bandar.

Fadhlina berkata, penggunaan instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Kualiti@Sekolah atau SK@S yang dipantau Jemaah Nazir membolehkan pencapaian serta kecemerlangan sekolah diukur berdasarkan penanda aras ditetapkan.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, beliau mahu peranan Jemaah Nazir diperkasakan sebagai pembimbing yang membantu meningkatkan martabat guru dan kecemerlangan sekolah, bukan sekadar bertindak mengesan kesilapan.

Menurutnya, Jemaah Nazir perlu menjadi suri teladan dalam profesion pendidikan dengan memberikan bimbingan serta panduan kepada warga sekolah.

“Reformasi pendidikan juga tidak boleh bergantung kepada individu yang menerajui kementerian, sebaliknya perlu menjadi budaya dalam keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

“Setiap perubahan perlu dinilai dan ditambah baik secara berterusan bagi memastikan tiada murid tercicir daripada mendapat peluang pendidikan,” katanya.

Katanya, reformasi pendidikan juga tidak boleh bergantung kepada individu yang menerajui kementerian, sebaliknya perlu menjadi budaya dalam keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

Jelasnya lagi, reformasi perlu terus dilaksanakan melalui keberanian menilai dan memperbaiki kelemahan bagi memastikan setiap perubahan membawa hasil kepada murid serta tiada anak tercicir daripada peluang pendidikan. – UTUSAN

The post Reformasi pendidikan bukan sekadar perubahan fizikal sekolah – Fadhlina appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved