Regatta Lepa lambang jati diri, keharmonian masyarakat Sabah

LocalTravel
24 Jun 2025 • 10:28 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

Kota Kinabalu: Sambutan Regatta Lepa, pesta kebudayaan maritim yang sinonim dengan daerah Semporna, khususnya masyarakat Bajau, bukan sekadar acara pelancongan, tetapi juga lambang jati diri, kesenian dan keharmonian budaya masyarakat Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata penganjuran Regatta Lepa kali ini yang memasuki tahun ke-30 bakal menjadi satu detik bersejarah.

“Kerajaan Negeri Sabah sentiasa komited dalam menyokong dan memperkasakan program berteraskan kebudayaan sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan pelancongan yang mampan dan inklusif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Regatta Lepa bukan hanya acara pelancongan, tetapi juga ruang untuk memperkukuh jati diri, menjana ekonomi tempatan dan menyatukan rakyat dari pelbagai latar belakang melalui semangat kebudayaan,” katanya pada pelancaran sambutan Regatta Lepa Ke-30 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, antara pengisian baharu yang paling membanggakan dalam sambutan tahun ini ialah kejayaan penganjuran Igalthon yang berlangsung pada 21 Jun lalu di Padang Bandar Semporna.

“Persembahan ini melibatkan seramai 1,000 penari tarian tradisional Igal yang lengkap berbusana tradisional dan menari secara serentak dalam gerak tari yang lemah gemalai dan memukau.

“Lebih membanggakan, persembahan ini bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai Persembahan Tarian Igal Terbesar di Malaysia serta Jumlah Penari Igal Teramai.

“Kejayaan ini adalah bukti jelas bahawa budaya tempatan masih subur dan mampu diangkat ke tahap kebangsaan hasil kerjasama erat antara komuniti, agensi kerajaan dan sokongan para pencinta budaya,” katanya.

Tahun ini, katanya, pesta kebudayaan maritim yang sinonim dengan daerah Semporna, khususnya masyarakat Bajau itu akan disambut dengan tema “Mairan Addat Bangsa Ta” yang bermaksud Pesta Budaya Bangsa Kita.

Menurutnya, sambutan kali ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang minggu: 24 Jun: Bengkel dan Simposium Regatta Lepa di Muzium Tun Sakaran Semporna, sebagai platform ilmiah untuk perkongsian kajian, pengalaman dan sejarah budaya. 25 Jun: Sangom Maglami-lami, iaitu sesi akhir Pemilihan Ratu Lepa 2025 yang mempersembahkan keanggunan dan ketinggian budaya wanita bajau 27-29 Jun: Pameran agensi dan kraftangan, melibatkan penyertaan pelbagai jabatan, usahawan tempatan dan penggiat seni serta kraftangan.

Tambah beliau, sambutan kemuncak Regatta Lepa edisi ke-30 akan berlangsung pada 29 Jun di Dataran Regatta Lepa dan Padang Bandar Semporna dengan pelbagai pengisian menarik.

Ini termasuk Perarakan Lepa Tradisi yang menghimpunkan perahu berhias penuh warna-warni dan ukiran warisan, serta persembahan khas strategik oleh pasukan keselamatan yang mempamerkan kecekapan dan kolaborasi antara pasukan beruniform dan komuniti.

“Pada malam kemuncak yang dinamakan ‘Sangom Mairan’, ia akan menjadi malam penuh gemilang dengan pengisian istimewa seperti Majlis Perasmian dan Penutupan Rasmi Regatta Lepa 2025, selain penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Ratu Lepa dan Pertandingan Lepa Tradisi.

“Turut diadakan ialah penobatan Anugerah Tokoh Regatta Lepa 2025, persembahan kebudayaan tarian Igal dan persembahan muzikal teater ‘Umaral 1886’ yang mengisahkan legenda pelaut Bajau, serta persembahan koir rakyat ‘Da Suara’.

“Malam ini juga akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api dan persembahan artis-artis tempatan serta kebangsaan,” katanya.