
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
REHDA Institute telah mengelolakan acara kemuncaknya CEO Series 2026 pada Khamis (15 Januari) yang berjaya menghimpunkan lebih daripada 400 pegawai kanan daripada pihak kerajaan, kewangan, industri, akademia dan pembuat keputusan untuk memperincikan prospek ekonomi, keutamaan pelaburan dan cabaran tenaga kerja Malaysia dan ASEAN bagi tahun ini.
Bertempat di Hotel Le Méridien Petaling Jaya, persidangan tahunan ini telah menandakan arah dan nada untuk dasar awal tahun serta keterlibatan industri, dengan penelitian hala tuju ekonomi, kejelasan dasar dan daya saing oleh para pemimpin berlatarkan suasana global dan serantau yang kian berubah.
Mereka yang terlibat dalam imbasan kembali relevansi persidangan CEO Series 2026 kepada ekonomi nasional dan keutamaan pembangunan termasuk Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man.

Dianjurkan oleh urusetia bersama yang melibatkan pelbagai pertubuhan dan persatuan industri, fokus CEO Series 2026 adalah kepada aliran ekonomi Malaysia dalam konteks ASEAN pada permulaan 2026 yang berlatarkan ketidakpastian global, pergerakan dana modal dan persaingan yang semakin sengit untuk pelaburan langsung asing (FDI).
Perbincangan di persidangan ini berkitar pada pertumbuhan bercirikan inovasi, ketersediaan pelaburan, aset yang memberikan pendapatan berganda dan integrasi rentas sempadan, dengan perhatian diberikan kepada daya saing serantau dan kesepaduan dasar.
Pengerusi REHDA Institute Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip, berkata, “CEO Series direka untuk mempermudahkan dialog substantif serta memberikan platform neutral kepada penggubal dasar dan pemimpin kanan daripada pelbagai industri untuk berbincang secara konstruktif berkenaan realiti ekonomi dan keutamaan jangka panjang.
“Libaturus ini membantu mencorakkan kesepaduan dasar, mendalami pasaran pelbagai industri serta keputusan pelaburan.”
CEO Series 2026 turut menampilkan pakar ekonomi antarabangsa, penyelidik dan pemimpin industri dari ASEAN, Australia dan Eropah, memperkasakan libaturus berterusan oleh Malaysia dengan pemegang taruh serantau dan global.
Pembentang termasuk Dr Koh Wee Chian dari ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO), Denise Cheok dari Moody’s Analytics, selain daripada wakil kanan industri dengan pengalaman yang luas dalam pasaran global.

Peserta persidangan yang datang dari Indonesia, Taiwan, Thailand, Australia dan Singapura telah memberikan sumbangan perspektif khas negara masing-masing berkaitan aliran pelaburan, pasaran modal dan tren perkembangan serantau.
Jeffrey Ng berkata penglibatan berterusan oleh pakar dan pelabur antarabangsa menandakan keyakinan pelabur terhadap keutuhan asas Malaysia dan peranan serantau negara, serta telah memberikan ruang untuk menanda aras pencapaian negara secara realistik apabila dibandingkan dengan rakan serantau.
Selari dengan keutamaan nasional, persidangan juga mengupas integrasi serantau seperti kerjasama Johor–Singapura dan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura melalui analisis sinergi rentas sempadan dalam sektor pembuatan, logistik, infrastruktur dan pembangunan bandar.
Persidangan juga membincangkan peluang yang berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia Year 2026), terutamanya dalam bidang pembangunan bercirikan pelancongan dan perhotelan, serta hartanah yang bersifat pengalaman (experiential) dan peranan sektor swasta dalam menyokong agenda pelancongan kebangsaan yang memberikan pendapatan mampan.
Satu acara utama daripada CEO Series 2026 ialah pelancaran REHDA Institute Youth Initiative (RIYI), satu program pembangunan modal insan kebangsaan yang bertujuan merapatkan jurang antara menara gading dengan industri, selain memperkukuhkan bekalan tenaga kerja negara.
Mencerminkan kesepaduan dengan keutamaan pembangunan tenaga kerja kebangsaan, RIYI dilancarkan semasa persidangan oleh YB Tuan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan.
Inisiatif ini menghimpunkan lebih daripada 13 universiti tempatan bersama pemimpin korporat dan industri, dengan penekanan kepada bimbingan berstruktur, pendedahan industri awal dan bimbingan kerjaya untuk calon siswa-siswi berpotensi.
Ujar Jeffrey Ng lagi, “Daya tahan ekonomi bergantung bukan semata-mata kepada pelaburan dan dasar, tetapi juga modal insan berwibawa. Dalam hal ini, RIYI mencerminkan kepercayaan REHDA Institute bahawa pemegang taruh industri harus memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyediakan generasi muda Malaysia untuk memasuki pasaran kerja berbekalkan kemahiran praktikal dan jangkaan realistik.”
Beliau juga berkata bahawa RIYI merupakan sebahagian daripada komitmen am REHDA Institute untuk membangunkan sektor modal insan negara melalui fungsi institut sebagai perusahaan sosial.
“Sebagai sebuah badan pemikir bebas, kami melihat keperluan sektor secara menyeluruh, dan bukan sahaja keperluan semasa. Melabur dalam generasi muda dan modal insan adalah tanggungjawab jangka panjang,” ujar beliau.
Dengan ketibaan 2026 yang penuh dengan ketidakpastian dan cabaran serantau, CEO Series 2026 telah memberikan ruang untuk renungan, penjajaran dan perancangan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web CEO Series 2026 di SINI.


