
MEMBAKUT: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (Presbah) menggesa Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah agar turun padang meninjau sendiri keadaan pintu air yang dibina di Kampung Bandau, yang didakwa lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat.
Presiden Presbah, Yahya Ahmad, berkata struktur pintu air yang dibina kontraktor itu memburukkan lagi keadaan banjir di kawasan berkenaan, bukannya menyelesaikannya.
“Reka bentuknya tidak sesuai. Tapak pintu air tersebut lebih tinggi daripada aras jalan berhampiran dan sistem perparitan JKR. Apabila hujan lebat, air melimpah masuk ke dalam pintu air, mengalir ke dalam parit yang sudah penuh dan seterusnya membanjiri jalan, rumah dan kebun berhampiran,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Yahya menegaskan projek itu tidak diselaraskan dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran, walaupun landasan kereta api berada berhampiran sistem perparitan sedia ada.
“Membakut masih berdepan masalah banjir yang belum selesai. Pintu air yang direka tanpa kajian rapi ini hanya menjadi terowong konkrit yang membawa lebih banyak kerosakan,” katanya.
Beliau berkata air dari pintu air sepatutnya mengalir ke dalam sistem saliran yang betul, bukannya melimpah ke kawasan yang sudah dikenal pasti berisiko.
“Semasa cuaca kering memang nampak tidak ada masalah, tetapi bila hujan lebat turun, barulah kita nampak kesan sebenar akibat perancangan yang tidak teliti ini,” katanya.
Yahya berkata beliau telah menghubungi jurutera JKR Beaufort yang mengesahkan projek berkenaan tidak dibincangkan bersama JKR. Surat juga telah dihantar kepada Jabatan Keretapi tetapi belum mendapat maklum balas. Usaha menghubungi pegawai projek juga tidak berjaya.
“Kami akan terus memantau perkembangan ini,” katanya.

