Rekaan Cermin Mata MR Meta Celeste Tertiris

TechnologyDigital
3 Jul 2025 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan cermin mata realiti gabungan (MR) Meta Celeste telah tertiris minggu ini. Ia adalah model sebenar yang mungkin akan dipasarkan kepada umum berdasarkan prototaip Project Orion yang diperlihatkan sebelum ini.

image is not available

Perbezaan paling ketara ialah dari segi saiz dengan Celeste mempunyai rekaan lebih nipis serta rekabentuknya mirip sepasang Ray-Ban Meta. Alat kawalan electromyography (EMG) turut dapat dilihat pada imej yang tertiris. Ia dipasang terus pada pergelangan tangan dan membolehkan kawalan dilakukan dengan hanya berfikir keran ia membaca isyarat yang dihantar oleh otak. Dari segi saiz, ianya jauh lebih besar berbanding prototaip dari tahun 2021.

image is not available

Dua kamera pada sisi bingkai Celeste dapat dilihat bersama dengan bonggol ketara berhampiran engsel tangkai cermin mata. Ini dipercayai ialah modul untuk alat waveguide yang memancarkan imej pada kaca cermin mata untuk pengalaman MR.

image is not available
Orion

Tidak dapat dilihat aksesori tambahan yang menempatkan cip pemproses dan pek bateri seperti Orion. Tetapi bukan rahsia Meta ingin memastikan cermin mata pintar seperti Celeste ke pasaran dengan segera. Google, Samsung dan Apple ketiga-tiganya mengacah pelancaran cermin mata pintar mereka. Google bekerjasama dengan Samsung dengan demo di Google I/O pada Mei lalu menunjukkan bagaimana peranti Android XR dapat menggantikan telefon pintar.