Cermin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dilancarkan – Rakaman Video 3K dan Bateri 8 Jam

TechnologyDigital
21 Jun 2025 • 6:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oakley Meta HSTN (Howstun) telah dilancarkan lewat malam semalam dengan ia adalah sepasang lagi cermin mata pintar yang ditawarkan oleh Meta. Ia adalah cermin mata pintar yang menyasarkan golongan yang gemar bersukan dan aktiviti lasak berbanding Ray-Ban Meta yang dipasarkan untuk kegunaan harian.

image is not available

HSTN mempunyai beberapa kemas kini seperti kamera 12MP pada mata kiri yang boleh merakam video pada resolusi 3K. Ini adalah lebih baik berbanding hanya 1080p pada Ray-Ban Meta. Sebuah lampu LED diletakkan pada mata kanan supaya orang lain dalam melihat mereka sedang dirakam.

image is not available

Butang kawalan kamera diletakkan pada tangkai kanan yang juga mempunyai sensor sesentuh untuk mengawal kekuatan speaker terbina pada kedua-dua tangkai cermin mata. Terdapat 5 mikrofon pada setiap pasang HSTN bagi memberikan rakaman audio dan panggilan suara lebih baik.

Ia juga disertakan supaya pembantu maya Meta AI dapat mendengar arahan suara yang diberikan. Cermin mata ini turut berkemampuan mengenalpasti objek yang dipandang menggunakan Meta AI seperti Ray-Ban Meta.

Setiap HSTN juga melepasi piawaian kalis percikan IPX4 dan bateri boleh bertahan selama 8 jam. Ini adalah dua kali ganda lebih baik berbanding Ray-Ban Meta. Dengan pod simpanan merangkap pengecas, tempoh penggunaan dilanjutkan sehingga 48 jam.

Sepasang Oakley Meta HSTN dijual pada harga $399 (~RM 1697) dalam warna Warm Grey, Black, Brown Smoke, and Clear serta 5 pilihan lensa bermula musim panas ini. Tetapi pada 11 Julai hanya Oakley Meta HSTN Desert 24k Prizm Polar Limited Edition akan pada harga $499 (RM 2122) sepasang.

image is not available

Pasaran pertama menerima cermin mata ini ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Perancis, Itali, Sepanyol, Austria, Belgium, Australia, Jerman, Sweden, Norway, Finland dan Denmark. Kemudian di akhir tahun ini ia akan dijual pula di Mexico, India, dan Emiriah Arab Bersatu.