Rekaan CMF Phone 2 Tertiris Dengan Saiz Lebih Kecil

TechnologyDigital
17 Mar 2025 • 6:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Julai. tahun lalu CMF Phone 1 dilancarkan dengan gimik panel belakang boleh ditanggalkan dengan ia digantikan dengan panel cetakan 3D yang direka sendiri oleh pemilik. Minggu ini rekaan CMF Phone 2 pula telah tertiris dengan ia nampaknya membawakan dua perubahan berbanding model sebelum ini.

image is not available

Rekaan tertiris menerusi Reddit menunjukkan kamera di bahagian belakang kini mempunyai tiga lensa. Berdasarkan saiznya yang kecil, sensor ketiga ini mungkin akhirnya untuk kamera ultra sudut lebar. Tahun lalu Phone 1 hanya dilengkapi lensa sudut lebar dan pengesan kedalaman. Turut dapat dilihat panel belakang ini mempunyai konfigurasi skru yang sama untuk menyokong panel boleh ditukar. Tombol untuk tali di bahagian bucu bawah juga dikekalkan.

Perubahan paling besar dengan saiz tubuh yang jauh lebih kecil. Jika tangan dalam gambar boleh dijadikan skala, peranti akan mempunyai saiz skrin bawah 6″. Tiada pengeluar menawarkan peranti dengan saiz sekecil ini selepas pengeluaran iPhone SE telah dihentikan. Mungkin Nothing melihat terdapat permintaan untuk peranti kompak dan menawarkannya menerusi CMF Phone 2.