
Honor dilihat cuba mengubah konsep siri mercu terbaharu Honor Magic 9 dengan memberi fokus kepada fotografi lebih profesional. Strategi ini secara langsung menyasarkan golongan peminat fotografi dan videografi yang mahukan peranti ringan tetapi mempunyai kemampuan seakan kamera filem min

Imej promosi awal memperlihatkan bar kamera melintang yang menempatkan tiga bonggol dengan salah satunya bersaiz lebih besar daripada yang lain. Reka bentuk ini jelas membawa kelainan berbanding siri Magic terdahulu. Pada bonggol tersebut turut terpampang penjenamaan ARRI manakala di sebelahnya kelihatan sensor berbentuk empat segi yang memberi petunjuk kepada sokongan zum periskop. Kerjasama dengan ARRI ini bukan sahaja bantu meningkatkan reputasi Honor, malah menambah keyakinan terhadap kemampuan kamera yang ditawarkan oleh peranti ini.

Lebih menarik, Honor turut akan memperkenalkan aksesori telefoto tambahan tersendiri yang memberikan kelebihan kepada pengguna untuk merakam subjek pada jarak jauh. Dengan pilihan lensa 200mm dan 500mm, pengalaman fotografi akan menjadi lebih bebas melalui sebuah peranti yang mudah dikendalikan. Malah, konsep ini sebenarnya telah diperkenalkan pada siri Magic 8 sebelum ini, namun diyakini pengalaman penggunaannya akan lebih baik kelak.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dijangka hadir dengan dwi-kamera 200MP yang mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi sesuai untuk kegunaan fotografi dan videografi profesional. Pelancaran rasmi akan berlangsung di China pada 28 September 2026 dengan lebih banyak ciri utama boleh didedahkan dari masa ke semasa. Menariknya, salah satu model dalam siri ini iaitu Magic 9 Pro Max turut telah membuat kemunculan rasmi di Festival Filem Venice, Italy sekali gus menambah nilai eksklusif pada penampilan pertamanya.


