Rekaan Honor Magic7 RSR Porsche Design Kini Didedahkan

TechnologyDigital
19 Dec 2024 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor memaklumkan bahawa telefon pintar baharu Magic7 RSR Porsche Design akan dilancarkan di China pada 23 Disember 2024. Perkara itu tular selepas ia didedahkan oleh Honor di laman media sosial rasmi malah imej dikongsi turut menunjukkan rekaan pada peranti.

image is not available

Magic7 RSR Porsche Design boleh disediakan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan ungu, selain itu dilihat serupa dengan Magic6 RSR Porsche Design dalam aspek rekaan. Perubahan hanya terletak pada susunan sensor kamera di dalam grid 2 x 2 bersama flash yang diubah kedudukannya. Sekali lagi sokongan sensor periskop boleh diberikan seperti Magic7 Pro namun butiran berkaitan masih belum diperincikan sama ada lebih baik atau sebaliknya.

image is not available

Honor juga masih belum memperincikan mengenai spesifikasi buat masa ini. Ia hanya terjawab di dalam pelancaran rasmi kelak termasuk harga jualan rasmi. Untuk rekod, Magic6 RSR Porsche Design sedia dijual pada harga RM7,499 Di Malaysia.