
Persoalan mengenai rekaan akhirnya terjawab apabila Honor secara rasmi memperlihatkan penampilan penuh siri WIN. Siri ini akan ditawarkan dalam dua model utama iaitu WIN dan WIN RT.

Honor WIN bakal dipasarkan sebagai varian mewah dengan sokongan tri-kamera utama manakala WIN RT pula hadir dengan sistem dwi-kamera di belakang. Ramai pengguna mengharapkan agar peranti ini dilengkapi dengan kipas terbina memandangkan fokusnya terhadap pengalaman permua.
Harapan tersebut seakan dipenuhi apabila penjenamaan Ultra Fan jelas kelihatan di bahagian belakang kedua-dua model meskipun ia berkemungkinan terbina di dalam. Panel belakang turut direka dengan kemasan pusam yang diyakini mampu memberikan cengkaman lebih baik.
Butiran penuh mengenai peranti ini hanya akan didedahkan pada 22 Disember 2025.

