Rekaan Samsung Galaxy Watch Ultra 2 Pula Tertiris

TechnologyDigital
25 Jun 2026 • 2:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan Samsung Galaxy Watch Ultra 2 Pula Tertiris

Selepas rekaan Samsung Galaxy Watch9 tertiris semalam, rekaan Samsung Galaxy Watch Ultra 2 pula tertiris hari ini. Dari segi rekaan, ia masih mirip Samsung Galaxy Watch Ultra asal mengekalkan tubuh berkotak yang kelihatan agresif dan skrin bulat.

Image from: Rekaan Samsung Galaxy Watch Ultra 2 Pula Tertiris

Tiga butang fizikal terletak pada sisi kanan sementara bahagian tali juga kekal sama. Berdasarkan maklumat yang telah dikongsi oleh Qualcomm, Samsung dan Google sejak awal tahun ini, Samsung Galaxy Watch Ultra 2 akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon Wear Elite.

Image from: Rekaan Samsung Galaxy Watch Ultra 2 Pula Tertiris

Cip membolehkan jam disambungkan kepada rangkaian 5G, mempunyai kuasa AI lebih tinggi dan menawarkan hayat bateri lebih baik. Di Google I/O, Wear OS 7 telah dilancarkan dengan pelbagai ciri Gemini terus daripada peranti. Samsung Galaxy Watch Ultra 2 dan Galaxy Watch9 dijangka akan dilancarkan bersama dengan siri Galaxy Z Fold dan Z Flip baharu bulan hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved